Monday, January 31, 2011

RON97 naik


Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi...kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti....so apa kata kita?...ermmmmmdh nak naik nak buat cam ner....kete aku tetap kena bagi makan minyak petrol gak...nk isi air...boleh jugak...tp tuh bangang lah namnya...memandangkan minyak kete aku pun dh berkedip2..maka haruslah tangkinya di sisi...minyak oh minyak

bila minyak naik..maka tunggulah harga barang2 lain naik....sbb makcik jual nasi lemak gi pasar beli kerang....naik kete kena isi minyak....kos minyak dia naik..so apa salahnya..harga nasi lemak juga turut dinaikan..begitu juga tea tarikkk....dan bla..bla..bla....

selamat menempuh kenaikan tahun 2011...cau

Wednesday, January 26, 2011

makan


hari neh aku berpuasa nazar..aku niat nk puasa 3hari n buat pulut kuning tuk bdk2 ke$....so hari nie dapatlah aku berpuasa 1 hari....tinggal lagik 2 hari.......pasal pulut kuning tuh...lum ada masa nk buat..sbb pasni sibuk nk pindah umah....walaubagaimanapun...nazar harus ku tunaikan...moga ada ruang n peluang utk aku melaksanakanya...ermmmmm..so menu hari nie tuk buka puasa?...tetiba tengok gambar kat FB org mkn KFC....aduhhhhhhhhhh..terus kepingin nak makan..lalu aku call abg suh balik awal...teman aku buka pose...hikhihkhik....dapat gak mkn KFC ini hari...mesti sngat sedap KFC itu...kerna sememangkan otak aku mmg pikir pasal KFC>>KFC>>KFC.....dan smlm abg sampai rumah pada jam 9.00pm....time aku bukakan pintu aku terhidu bau....ermmmmm...cam ada DURIAN jek.....yeaaaaaaaaaaaa....abg belikan durian...nyum2....2biji selesai aku hadap...hanya ku tinggalkan beberapa ulas aje dlm peti ais.......sedapnyaaaaaaaa.......

Sunday, January 23, 2011

pindah randah

adoiiiiiiiiii....nk pindah randah lagik kali neh...sepanjang tempoh aku keje neh...dh beberapa kali aku pindah....memula dari

1.umah along, keramat--->serdang
2.serdang------>umah fz,putrajaya
3.putrajaya------->kajang, jln TKS
4.kajang,jln TKS------->kajang Perdana

so...kali nie aku akan move ke kajang perdana, umah town house....3tingkat,3bilik air,3bilik tidur...sewa sangat berbaloi RM450.00. rasa seronok sbb Allah mudahkan segalanya...alhamdullilah. rentetan dr niat aku nk berpindah rumah....aku suara pada suami ku. kemudian dia bersetuju. pada hari thaipusam. aku sesaja ronda2 kat kajang perdana, banyak rumah2 kosong kat sana, pusing punya pusing....akhirnya ternampak rumah nie.....apalagi ambik no phone, trus call tanya sewa....ptg tuh abg balik kerja terus bg tau n mlm tu bawa abg ke rumah tu...kemudian abg kata...dia suker....:)..kemudian deal punya deal, so smlm, ahad 23hb jan 2011...aku selesai byr deposit n sewa bln feb 2011...semuanya RM1,550.00.....so sekarang adalah masa tuk packing2 brg to move out....adoiiiii......moga segalanya Selamat......bantuan mek,along,atan,ngah amatlah diperlukan.....raya cine neh, bolehkan trunkan brg2 dr tingkat 4 tuh......:(...jenuh..jenuhhhhhhhhhhhh.....

Tuesday, January 18, 2011

anak

duhai anak...binalah duniamu didalam diriku

duhai anak...senangkan dirimu didalam diriku

duhai anak...ketemu kita di satu waktu...

p/s: mood------->sabar menanti

Monday, January 10, 2011

Buah Kiwi Menyihatkan Anda & Kandungan

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

::sumber::

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.


2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

Sunday, January 9, 2011

makan apa

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Thursday, January 6, 2011

0-12 minggu

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

Wednesday, January 5, 2011

Amalan Pemakanan Semasa Mengandung

hasil googleku....
sila amalkan yer udes...

-Minum susu utk ibu mengandung sekurang2nya 2 kali sehari....mcm anmum
-Makan folic acid....ni ubat yg doktor bg
-Makan banyak buah2an dan kurma....cth
epal merah, epal hijau, jambu air, jambu batu, tembikai susu, tembikai, oren, betik, delima, kiwi, mangga, dragonfruit...pasni aku nk buat mixed fruits bekal ke opis
-Makan sayur-sayuran berdaun hijau cam sawi, bayam, kangkung sbb sayur2an ni -sumber utama folic acid.
-Makan ikan tapi bukan kepala ikan. Ikan sumber omega-3 yg baik utk -perkembangan otak bayi. makan kekacang seperti badam dan soya dan produk2 yg -berkaitan cam tauhu, tofu lembut, etc.
-Minum byk plain water.
-Minum air yang suam,



Yang Patut Dijauhkan

  1. Soft drink cam minumam bergas elok utk kesihatan sbb tinggi kandungan gula.
  2. Jeruk dan asam.
  3. Junk food atau jajan cam potato chips, etc.
  4. Nenas dan tapai, org tua2 kate tak elok, tajam,
  5. Air tebu dan air kelapa, org tua2 kate tak elok, panas and tajam
  6. Minuman berkafein cam kopi, teh, teruskan amalan ni selama menyusukan baby.
  7. Minum air berais
  8. Merokok dan jauhkan diri daripada org2 yg merokok sbb perokok sekunder...

gaya baru...


hukhukhuk.....kali neh aku rasa aku ada satu cara hidup baru iaitu...tidur......sekarang nie mmg aku sedari yg aku mmg tido awal...sampai cerita AYOUB pun aku dh xsempat nk tengok...mujur leh usha tonton.com/tv3......ermmm kenapa aku selalu tido awal?...maybe perubahan hormon agaknya...yer ker?....ntah lah....

seperti biasa pas balik opis...aku mula stat masak2 utk suami tercinta......masak yg simple2 jek....cuma skrng neh..aku dah xder idea nk masak apa....hubby aku tuh..kalo aku tanya nk makan apa...jawapan dia...''apa2jek lah sayang...abang tak kisah''......itu yg aku lemah...sbb aku mmg dh kering idea dah....kira mcm kering kontang.....ermmmm

biasanya hubby aku sampai umah dlm kul 10.30pm.....so kira mmg mkn lewat mlm lah.....aku selalu teman dia mkn...dulu2 aku makan bersama2....tu yg naik berkilo2 tuh...heheheh...tp sekarang neh...aku mkn awal...siap jek masak..aku terus mkn...pastu nnti time hubby aku mkn..aku teman jek....duk semeja...tu jek yg boleh aku buat.....dan sejak 2 menjak neh....time hubby aku balik...aku mesti dh tido dh depan tv.....so dlm mamai2 tuh..aku gagahkan jua...utk teman dia mkn...hihkhihk...sian dia...balik mlm2..jauh2......tp bila sampai umah...aku dh tido.....ermmmmm..harap2 abg paham

Tuesday, January 4, 2011

due date

10 september 2011...
mlm tdi kul 8.00pm dah gi jumpa doktor tuk konfem sekali lagi...walaupun aku tahu mmg sah test yg aku buat tuh...:) dan doc tlah mengira due date aku bdsarkan tarikh last period....so dijangkakan 10.09.2011. bila balik aku usha2 kelendar...ermmm time tuh pas raya. maknanya dlm pantang...ermmmm..tp raya ujung bln ogos 2011...leh lagik aku mkn rendang,sate,lemang dan sebagainya...hahaahha

mula dari hari nie..aku telah mula mmbawa ubat di dlm begku....so setiap hari mesti kena mkn lah kan...ala...ubat jek pun....takde hal lah nak telan.....next month aku kena jumpa doc balik utk bulan ke2nya....dan ianya akan beterusan....slm doktor ckp usia kandungan aku dah masuk 4minggu....harap2 Allah permudahkan segalanya...

Ya Allah,
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Monday, January 3, 2011

Tanda Hamil

tanda-tanda hamil....ermmmm..mari kita lihat yang manakan antara senarai di bwah kena dgn aku...

1. Rasa lapar yang berpanjangan= sokmo lapar lain macam

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara= nampak lain lah

3. Kerap membuang air kecil= sentiasa nk kencing tp sikit2 jek

4. Merasa tidak bermaya= tido awal

5. Sakit dan tegang pada buah dada= sensitif kat sini..hikhihk

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari= tiada

7. Rasa loya dan muntah= tiada rasa begini

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan= seram sejuk badan neh

9. Missed period= dah miss beberapa hari

10. Ujian air kencing yang positif= Alhamdulillah positif

Kepentingan Asid Folic..

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.


mom to be..

before

after
mean: i'm pregnant

Alhamdulillah atas rezki yang Allah kurniakan...hari nie mmg berdebar2....tidur tak lena..sbb smlm aku ke farmasi membeli pregnantcy test kit memandangkan period aku dah lewat 2 hari. sememangnya sejak berumahtangga ni aku menghitung kitaran haid ku....

sememangnya aku tak lena tidur..sbb aku google waktu yg paling sesuai utk test adalah pada sebelah pagi. kiranya mmg aku asik terjaga jek dr tidur...terjaga kali pertama adalah jam 1.30am..kemudian sambung tido.....then kul 2.00am...aduh lambatnya pukul 6...sbb aku plan nk test pada sblah pagi sebelum subuh tu.....aku pusing ke kiri ke kanan....kemudian abg pun bersuara....."sayang,abang pun tak boleh tidor"...motif?....aiks dlm hatiku timbul persoalan...."dia tahu ker aku beli pregnantcy test kit tuh"...ermmmm...kemudian kami berusaha utuk memejamkan mata....tp gagal jua...akhirnya aku nekad utk ke toilet utk membuat urin test tanpa pengetahuan abg....hikhik....then.........ada 2 garisan terbentuk...itu bermakna positif...terus aku kembali ke bilik utk berkongsi dgn abg....emmmmm...mmg dh dijangkakan sbb sejak 2 menjak nie...aku cepat marah....abg selalu ckp...pembawakan budak neh....heheheh...betul sangkaan abg.....

dari jam 2.30am kami bersembang sampai jam 4.00am....org pertama aku bagitahu adalah adiku mek....abg suruh call mek memandangkan aku teramat excited bercerita.....so jam 3.30am aku call mek....."mek ada 2 line".....mek jawap...tu mengandung lah bongok...adehhhhh..kena sebijik aku.....pagi atdi kul 8.00am mek sms "cpt lah bg tau mak"........then aku pun call mak.....tp sebelum tuh aku nk cakp ngan mek dulu...."mek aku lum gi sahkan doktor lagik"...mek jawap....''ala konfem lah tuh...nnti gi scan n dh boleh buat kad dekat klinik kesihatan".....kemudian aku berckp ngan mak...."mak nnti bulan 8, mak jaga lagik sorang cucu"....then mak ckp...mak dah agak dah...sbb mak dh mimpi hari kemarin...hikhikhik.....dan dari jauh aku dengar suara abah..."dah ada laki bunting lah".....wakakakaakak...best toi ayat abah koi...

hari ni, aku dh minta abg supaya balik awal dr kerja. sbb mlm nie nk gi klinik scan..dan mintak pandangan doktor..memandangkan ini pengalaman pertamaku.....

semoga dipermudahkan segalanya
"anak ibu, nnti kita jumpa yer sayang"