Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

moto?

anis rushdina:...pin..pin..pin...tepi..tepi..kitorang nak lalu..yehaaaaaaaaaaa

anis rushidah:..alamak long...angah nyer botol susu tinggal...kita nie nk jln kemana pulak hari nie



anis rushdina:ala..rileklah ngah.nanti kita benti lah kat r n r..kita beli yang lain..kita dh lambat ni

anis rushidah:...ok.ok...janji tau beli baru...naem sufyan:..opssssssss..benti..benti...saya nak tumpang nie..

anis rushdina:...aduyai..dia nie lagik...ok..ok..naik cepat sikit..tak tau lah muat ker tak naik 3org

anis rushidah:..ala tak muat lah long...naem..duk tepi jek lah..pijak kat situ..boleh?

anis rushdina:....ermmmm..along rase kita susun cam nie..naem duk sini...duk diam2 tau

anis rushidah:..ehhh..boleh ker susun cam nie..angah maner pandai bwak moto..kaki dah la tak sampai ni..kang eksident laks

naem sufyan:..time kasihlah korang..kasi naem tumpang..kalo tak....tak tau lah cam ner naem nk balik kg...jauh laks tu..penat gak jln kaki..kete hari tu..dah ler xder tayar...naem sufyan:...naem xnak duk blakang..nak duk depan..senget pun senget lah

anis rushdina:....heheheheh..naem duduk senget...elok2 tau...kang jatuh laks

anis rushidah:..haaaaa..cam nie baru lah ok..selesa angah duk blakang nie

anis rushidah:...ermmmmm..apa kita nak buat nie along..rosak moto kita nie..tengok tayar nie ha

naem sufyan:...tu lah korang..suh lagik naem duk senget..kan dah terbalik..sib baik kita tak luka..moto jek terbalik..aduyaiiiiiii

anis rushdina:..rilek lah korang...jap lah..along telepon makde nie..suh dia dtg ngan kawan2 myviX dia tolong kita sume..mungkin moto kita nie kena towing kot..sabar ek...

-tamat-

Sunday, July 5, 2009

puteh tak?

hahahah...puteh kan muka saya...takut tak?....kepada sesiapa yg nak putehkan wajah sila ikut resepi di bawah..
****************************
1. masuk bilik ibu
2. usha tempat ibu letak bedak
3. ambil botol bedak dan pastikan ader isinya
4. keluar dr bilik..
5. lepak dpn tv..
6. bukak botol bedah
7. curah kat tapak tangan
8. sapu kat wajah..supaya puteh
9. jgn luper taburkan di atas lantai..kasi lantai pun puteh
10. wajah pasti puteh...
*****************************

kereta?

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna kuning
Boleh ku ke sekolah
Poon...poon...poon...poon
Poon...poon...poon...poon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik, mari adik
Boleh kubawa balik jengka

anis rushidah:..eh..eh..opssssssss..bentiiiiiiiii..benti..naper keter kiter nih..rosak ker..cuba naem tengok bawah tu...

naem sufyan:...adoiiii..rosak lagik..patutlah lain mcm jek naem rase dari tadik..ermmm..xboleh jadik nie..kena turun tengok..

anis rushidah:..laaaaaaaaa...tayar nyer maner..

naem sufyan:...ha ah lah....naem trun dulu..angah shidah duk dlm nie ek..adoiii..sempitnya..cam ner nk trun nih

anis rudhidah:...cam ner naem..dah ok ker kete kita nih..boleh ker gerak tayar tak der cam nih

naem sufyan:...ala jgn risau lah..mesti leh punya..angah shidah duk diam2 ek..naem dah ready nih..

anis rushidah:...ok..ok..angah takut nie...

naem sufyan:..jgn takut lah..naem kan ader..alamak..ader org ambik gambo kita ler..cam polis jek tuh...aduyaiiiiiiiiiiiiii

anis rushdina:...ehhhh..kamu bedua...kamu bedua akan ditangkap...nie bawak kete nih..ader lesen ker..heyyyyyyyy..awak...jgn cuba nak lari k...kang saya kena kejar laks..penat lah saya nnti

naem sufyan:...ala cik...jgn tangkap kami cik..nanti saya belanja cik minum air susu yek..

anis rushidah:..ala naem..maner leh..nie susu angah..takkn angah nak kasi dia laks..

naem sufyan:...ermmmmm..ala cik...kete kami nie sebenarnya rosak..tayar dah ler kena curi..kete nie..xleh jalan..kesian lah kami cik..kami nk balik umah atuk ngan wan nie..kat jengka..jauh nie cik..kita kautem lah cik..

anis rushdina:...ermmm..kalo cam tuh..xper lah..kesian pulak saya tengok korang nie..biar saya tolong..lagipun mmg saya suker tolong orang susah..erkkkk...erkkk..beratnya...nie org ker apa nih..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

naem sufyan:...time kasih cik...angah shidah duk diam2 lah....

anis rushidah:...angah diam ler nie..angah tengok belakang nie...tersangkut ker apa ntah..

anis rushdina:..penat lah woi..nk minum air jap..

naem sufyan:...lenguh lah kaki saya nie..letak kat atas nie jap lah..kita rehat dulu k

anis rushidah:..angah nk tido lah..penat sangat nie...

-tamat-

Thursday, May 28, 2009

chicken pox

salah sorang anak buah aku kena chiken pox..so aku pun cr lah info pasal penyakit nih...sedikit makluman utk aku dan pembaca..


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.

Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan
Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ;
radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah
Sapu losyen calamine.
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam
Pencegahan Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Wednesday, April 29, 2009

(aslam a.k.a adam haris...hari pertama di dunia)

(naem sufyan wit adam haris)

(anis rushdina)

(anis rushida)

(anis rushdina @ d.....)

inilah himpunan anak2 buahku..anak along,mek dan nine...anak angah lum lagik..anak aku?...hahahaha...aku pun tak tau...aku every wek jumpa d,ida,naem....maklumlah diorg duk kat keramat n sg buluh jek....cuma anak nine jek ssh nk jumpa...kelantan dia duk...jauh giler...ermmmm ntah bila dpt jumpa...huhuhu...hope dia rajin balik jengka...