Friday, June 26, 2009

nita kawin

firstly..nak ucap TAHNIAH kat nita & zarul..atas pernikahan hari nie...26 Jun 2009..nita nie rommate aku time aku kerja kat UPM. dia jugak merangkap opismate aku. pastu ujung 2008 kitorang dpt kerja tetap. aku pindah tempat keje baru..dia pun pindah tempat keje baru. tp kami stil duk serumah lagi kat taman sri serdang. itupun..aku pujuk dia suh duk lagik kat sri serdang n tukar tempat kerja dr bukit aman ker kajang..heheheh..walhalnya..tak lama pastu zarul bertukar ke JUPEM KL...huhuhu....tp zarul dpt quaters kat putrajaya..dia pun berpindah ke putrajaya..disusuli dgn aku..hehehe..aku pun duk putrajaya..nita duk P14..aku laks P18....still leh jumpa..leh lepak..tp time tu xmngizinkan..dia dgn urusannya..aku ngan urusanku...walau apa pun..kitorang tetap kawan sampai bila2..to hanita...aku doakan jodoh ko panjang..ko bahgia..sihat dan dapat anak yang ramai seperti yg ko nak..hehehe...kita jumpa sok k...so sok sabtu 27 jun 2009...aku n abg akan ke N9 tuk gi majlis kenduri kawin nita & zarul....semoga semua berjalan lancar..-amin-

Thursday, June 25, 2009

karok

24 jun 2009...besday mieza...aku buat plan celebrate besday miza kat ceria box kajang..hehehe..so..sperti yg telah dirancang..aku,puteh,linda,syara,fz dan mieza dapat jugak berkumpul mlm tuh. cuma amy jek xder...abah dia sakit..katernya...kitorang terima alasan dia tuh walaupun geram sbb dia yg beria sangat..tup..tup..dia yg xder..hampeh jek. call xangkat..sms xreply..sial jek...sib baik kitorang nie baik..maafkan dia...heheheh...
aku org pertama sampai..sambil tunggu sambil ambik pic..

mieza yg suapkan aku kek..huhuhu..patutnya aku suap kat dia

duet...cam kerisdaaa dan melyslow..

terbaekkkkk...dari udes

Friday, June 19, 2009

kelas menjahit

ermmm..inilah misi kehidupan aku yg seterusnya...dah lama nk belajar menjahit..tp masih xberkesempatan..so skrg aku dh jumpa tempat utk aku blajar menjahir..kat kedai nyonya..di ampang...aku nih bukannya apa..cuma nak cari kawan jek tuk pegi..setelah aku cadangkan pada zakiki....akhirnya zakiki dpt kedai nyonya nih...aku ambik class tuk 16 jam jek RM180.20....menurut zakiki...leh blajar apa saja berkaitan jahitan..asalkan...menepati 16 jam...hajat aku just nk pandai n mahirkan diri buat baju kurung...huhuhu..pasni dah xyah nk hantar baju kat org lain..dh ler mahal nk mampus..sehalai RM30..tu pun baju kurung kosong..adoiiii..pasni aku leh buatkan baju tuk mak n adik2..hoyeeeee..hoyeeee..leh jugak cr duit poket nanti..harap aku berjaya dgn misi aku kali nih..cayukkkk..cayukkkk

Wednesday, June 17, 2009

flip flat

nak nie...................tolong lah..siapalah agaknya leh bg free menda nie..huhuhu...sampai hari nie..aku masih tercari2..menda alah nie.....bukannya tak jumpa..tp aku masih tunggu warna hitam puteh..supaya sesuai ngan tema alexx ku..agaknya..ada x..warna hitam puteh ek?...kalo ader sesiapa yg jumpa kaler nih..tlg lah bg tau aku k

chumil jek benda alah nie bila gerak2..

beraksi lagi

just nk drop pic....heheheh...

team netball myviX

dragonX

sedang berehat

blakang tue lah flat yg aku duk..18R8

wakakakak..tertunggeng

sambut apa tuh woi?

si puteh sedang jolok buah yg xjatuh

lompattttttttttttt

senyummmm

akhirnya..aku n amy berjaya gak laksanakan pojek dragonX nih...

exam..arghhhhhhhhh


rasa bengang...bila aku nk ambik ujian kpsl...aku chek balik..sume syarat menduduki exam...dlm tu tertulis aku kena lulus sume exam...nak dijadikan cerita..setelah setahun lebih..baru aku tau aku kena ambik lagik satu exam..itupun..setelah ada beberapa permasalahan yang aku khabarkan kepada unit latihan...setelah puas mencari jawapan dr unit latihan dan dr PSM..akhirnya..aku mencari altenatif utk mencari sendiri jawapan..dan sememangnya..aku bengang bila aku ketemu jwapan. aku mmg kena ambik exam 2 kali...arhgggggggggggggg..aku nk konfem...tp rupanya aku sangkut lagik satu exam..siallllllllllllllll...tp aku agak bernasib baik sbb masih belum lewat utk pohon menduduki exam...so nek exam aku 12 Ogos 2009. tapi aku amatlah malas utk membaca..adoiiiiiiiiiii....dh nasib badan..so pengajaran yg perlu aku ambil ialah....jgn harapkan sangat org lain..lebih baik cr sendiri..tp tu kan bukan kerja aku?..tu kan kerja diorg?...ermmmmmmmm..bak kater mia....wat aver..........end

Monday, June 15, 2009

lunch wit johnny's

tepat jam 12.45 thari..geng ke$ telah sepakat tuk buat meting kat luar..heheheh..dgn 4 bijik kete..kami bergerak ke balakong untuk melaksanakan satu misi penting...

misi ini dinamakan.."isi perut sampai kenyang"...heheh..berbekalkan perut yg lapar..dengan bantuan kewangan dr bos kitorang En Caum...terlaksanalah misi ini..nuym2..makan steambot sup n tom yam..mak aihsss..manyak sayur ler pulak..tp sume sayur dimakan oleh kak ida..aku mkn isi2 penting sahaja...rasa cm nk barai lah perut...minum air milk shake yg amat sedap..bak kater mama mia.."ermmmmm dappppp"....enjoy ngan pic2 yg ader ni k...





sempena hari last zatun hari ini 15 jun 2009..diucapkan semoga berjaya....jumpa lagik k..sori kalo ada salah silap

pandai aku pakai chop stick

~enjoy..with d'food~

Thursday, June 11, 2009

habis minyak

mengimbau satu peristiwa giler beramai2 yang penah kitorang lakukan..kisah bermula waktu GT kat wangsa maju...seterusnya satu aktibiti giler telah dipetik..."ada bran genting sempah lah woi..layan koner"...kemudian disahut beramai2..jummmmmmmm...kul 1pagi gerak dari shell wangsa maju.....xtibiti mari menghabiskan minyak ini sangat extreme..hehehhe..perjalan yg best..sampai kat hentian genting sempah dlm kul 2pagi..lepak2..ambik gambo..tetibe ada suara haremmmm...."ada bran genting lah woi"...disahut lagik ramai2.."jummmm..bran giler"..setelah berbincang dlm tempoh 10 minit..beberapa bijik kete ditingalkan disini..sume driver pompuan naik ngan dak laki..untuk keselamatan..kununya...aku pun setuju..trus naek ngan heykal..sampai kat genting..dh pagi buter dlm kul 3pagi kot..ingat2 luper dah..hampir 15 bijik kot yg naik atas...paking kete..cari pot..dan bermulalah aktibiti jalan2..tanpa tujuan..dan bnyak giler gambo yg disnap..oleh mama/paparazzi......kitorang trun dr genting dlm kul 6...ngan mater yg hampir terpejam..kami sume selamat pulang ke distinasi masing2...jum layan pic2 nih...."kenangan hanya mampu dikenang..namun untuk mengulangi adalah sesuatu yang tidak mustahil"....tuk club myviX...moga kita dpat cari balik apa yang HILANG...

kaseh suami buat isteri

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar....

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...

sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...

sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."

satu kisah


satu kisah yang elok untuk dikongsi bersama....

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?


Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya".
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami".


"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.

Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

kelong BNO

ermmmm...salah satu plan yang aku pikirkan...dan masih blum terlaksana adalah mancing kat kelong bagan nakhoda omar nih..adoiiiiiiiiiiiii..aku sempat usha laut dia jek..itu pun time gi kusus itu hari...sempat tengok laut yg berombak.....perghhhhhhhhhhh..perasaan tuh..mmg mabeles...tp sampai hari nih..masih blum sempat nk gi mancing kat sini..walaupun..aku dh dpt quatation..tp time laks..xmengizinkan..setiap hujung minggu ku..penuh ngan xtibiti..samaada bersama adik2 atau club myviX...aku plan nk gi bulan 7 nie..tp pack laks bulan tuh..ader 2 xtbiti besar yg nk buat..nk gi charity kat melaka n perhimpunan kete laks...lagik satu masalah...mesti lah $$$..adoii. walau apa pun..aku akan pastikan satu hari nanti aku dpt gi mancing kat tempat nih...

Wednesday, June 10, 2009

semerbak

hari ni..aku dpt minyak wangi VICTORIA'S SECRET...tq to kak ida n hasben...perfume nie aku sembur nak gi dating jek nanti..heheh..cam sayang jek nk sembur..jauh diimpot..dr new york nih..sib baik hasben kak ida naik flight..dpt aku merasa perfume nih...

Monday, June 8, 2009

mulut

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah