Monday, January 31, 2011

RON97 naik


Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi...kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti....so apa kata kita?...ermmmmmdh nak naik nak buat cam ner....kete aku tetap kena bagi makan minyak petrol gak...nk isi air...boleh jugak...tp tuh bangang lah namnya...memandangkan minyak kete aku pun dh berkedip2..maka haruslah tangkinya di sisi...minyak oh minyak

bila minyak naik..maka tunggulah harga barang2 lain naik....sbb makcik jual nasi lemak gi pasar beli kerang....naik kete kena isi minyak....kos minyak dia naik..so apa salahnya..harga nasi lemak juga turut dinaikan..begitu juga tea tarikkk....dan bla..bla..bla....

selamat menempuh kenaikan tahun 2011...cau

Wednesday, January 26, 2011

makan


hari neh aku berpuasa nazar..aku niat nk puasa 3hari n buat pulut kuning tuk bdk2 ke$....so hari nie dapatlah aku berpuasa 1 hari....tinggal lagik 2 hari.......pasal pulut kuning tuh...lum ada masa nk buat..sbb pasni sibuk nk pindah umah....walaubagaimanapun...nazar harus ku tunaikan...moga ada ruang n peluang utk aku melaksanakanya...ermmmmm..so menu hari nie tuk buka puasa?...tetiba tengok gambar kat FB org mkn KFC....aduhhhhhhhhhh..terus kepingin nak makan..lalu aku call abg suh balik awal...teman aku buka pose...hikhihkhik....dapat gak mkn KFC ini hari...mesti sngat sedap KFC itu...kerna sememangkan otak aku mmg pikir pasal KFC>>KFC>>KFC.....dan smlm abg sampai rumah pada jam 9.00pm....time aku bukakan pintu aku terhidu bau....ermmmmm...cam ada DURIAN jek.....yeaaaaaaaaaaaa....abg belikan durian...nyum2....2biji selesai aku hadap...hanya ku tinggalkan beberapa ulas aje dlm peti ais.......sedapnyaaaaaaaa.......

Sunday, January 23, 2011

pindah randah

adoiiiiiiiiii....nk pindah randah lagik kali neh...sepanjang tempoh aku keje neh...dh beberapa kali aku pindah....memula dari

1.umah along, keramat--->serdang
2.serdang------>umah fz,putrajaya
3.putrajaya------->kajang, jln TKS
4.kajang,jln TKS------->kajang Perdana

so...kali nie aku akan move ke kajang perdana, umah town house....3tingkat,3bilik air,3bilik tidur...sewa sangat berbaloi RM450.00. rasa seronok sbb Allah mudahkan segalanya...alhamdullilah. rentetan dr niat aku nk berpindah rumah....aku suara pada suami ku. kemudian dia bersetuju. pada hari thaipusam. aku sesaja ronda2 kat kajang perdana, banyak rumah2 kosong kat sana, pusing punya pusing....akhirnya ternampak rumah nie.....apalagi ambik no phone, trus call tanya sewa....ptg tuh abg balik kerja terus bg tau n mlm tu bawa abg ke rumah tu...kemudian abg kata...dia suker....:)..kemudian deal punya deal, so smlm, ahad 23hb jan 2011...aku selesai byr deposit n sewa bln feb 2011...semuanya RM1,550.00.....so sekarang adalah masa tuk packing2 brg to move out....adoiiiii......moga segalanya Selamat......bantuan mek,along,atan,ngah amatlah diperlukan.....raya cine neh, bolehkan trunkan brg2 dr tingkat 4 tuh......:(...jenuh..jenuhhhhhhhhhhhh.....

Tuesday, January 18, 2011

anak

duhai anak...binalah duniamu didalam diriku

duhai anak...senangkan dirimu didalam diriku

duhai anak...ketemu kita di satu waktu...

p/s: mood------->sabar menanti

Monday, January 10, 2011

Buah Kiwi Menyihatkan Anda & Kandungan

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

::sumber::

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.


2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

Sunday, January 9, 2011

makan apa

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Thursday, January 6, 2011

0-12 minggu

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)