Thursday, June 4, 2009

pemergian

segumpal darah mendiami rahim,
dihembus nyawa dari yang Esa,
disitulah aku bermula,
disitulah aku menetap,
selama beberapa bulan,
menumpang simpati,
menagih kasih,
bernyawa, bermastautin seketika,
umpama parasit yang mendiami perut insan yang bernama ibu,
tanpa sebarang keluhan dari perumahnya.
...

pada masa yang sama,
seorang lagi insan bernama ayah,
berusaha atas nama Allah dan keluarga,
mengerah keringat,
dengan segala kudrat,
demi menjamin keselamatanku,
kebajikanku,
agarku tidak lapar,
agarku bisa menghirup udara dunia,
perkara yang sentiasa bermain dimindanya adalah,
masa hadapanku,
agarku tidak sengsara hidup,
seperti dirinya waktu kecil.
...

akhirnya tiba masa aku dilahirkan,
umpama kain putih yang suci,
tiada kotoran,
tiada debu,
bebas dari dosa,
terpancar kegembiraan dimata mereka,
penuh keazaman dihati mereka,
untuk memastikanku berjaya,
memastikan perjalanan hidupku lancar,
tiada langsung rasa kesal dilubuk hati mereka,
malah mereka merasa bangga dengan kurniaan Illahi,
menimang cahaya mata,
tanggungjawab terbesar bagi hidup mereka.
...
kini aku telah dewasa,
mengenal erti dunia,
corak yang cantik pada dasar putihku,
kian dipenuhi,
ada yang cantik,
ada yang buruk,
aku menjadi insan yang bernama lelaki,
adakah aku lupa tentang mereka?
adakah aku mengabaikan mereka?
dua insan yang bergelut dengan nyawa,
untuk menghadiahkan dunia sementara ini kepadaku,
insan yang bergelar ayah dan ibu.
...
tiba satu detik dalam hidupku,
mereka pergi jauh dariku,
terasa perit sungguh dadaku,
bergelinang kelopak mataku,
kutahan dengan penuh kesabaran,
ibu mengucapkan ayat indah kepadaku,
sebak, umpama ditikam duri paling tajam,
kutahan demi adik-adikku,
berbisik hatiku "jangan sukarkan pemergian mereka",
"ya Allah kuatkan hatiku, demi mereka".
...

saat mereka melangkah,
sayup aku melihat bayang-bayang mereka pergi,
jauh dariku, dari tanah air ini,
perjalananku pulang sukar,
perjalanan paling sukar dalam hidupku,
air mata panas mengalir ke pipi,
tiada apa yang menghalang ia lagi,
terkenang aku pada adikku yang tidak mahu melepaskanku,
bila akan aku ketemu mereka lagi?
setelah adikku dewasa?
...
baru kini ku tahu sukarnya bila terasing,
jauh dari pangkuan mereka,
jauh dari pandangan mereka,
kesal kerna jarang sekali aku melafazkan kata aku cinta padamu,
jarang sekali aku siarkan kasihku,
ingin saja ku ulang waktu,
agar dapat mereka tahu,
apa yang tersirat dihati,
ketulusan rasa cinta ini,
keikhlasan rasa kasih ini.
...
sesungguhnya,
hanya Tuhan mampu membalas jasa mereka,
yang mencintaiku,
mengasihiku setiap masa,
setiap detik dalam hidupku,
ibu, ayah, adik-adik,
aku tidak akan menangis lagi,
kerna kutahu,
tujuan kalian kesana,
meninggalkanku bukan sengaja,
tapi untuk diriku,
aku relakan,
dan ia menjadi semangat bagi sisa-sisa perjuanganku...


~AL-FATIHAH BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH PERGI~

sepi

Ku utuskan wangian rindu
pada angin gemersik berbisik
tentang bicara rahsia yang tersurat
lalu ku lagukan puisi nyayian kalbu
yang menjerit memanggil namamu..
aku di sini lagi
menanti hadirmu..
dalam malam sesunyi ini
berteman gema semalam
yang asyik bersatu rasa
lalu mata tiada mahu lena
lantaran warna
bicara terpahat di balik nafas berhembus..
kita berbisik rahsia rasa
kita luahkan sukma jiwa bersatu
berkias bermadah..
mengikat irama hati
lalu kita lagukan dalam nyanyian hati
hingga subuh menegur
lantas kita terhenti....
akhirnya bicara menjadi bisu kaku..
diamku,diammu menyimpan rahsia rasa di hati..


Tika fajar menyingsing..Kau sendiri terasing..Merenung suria..Di pagi indah..Dengan mata berkaca..Kau bak sekuntum bunga..Di pinggir pergunungan..Tersisih sepi..Bersama mimpi..Yang tidak kesampaian..Kerendahan hatimu..Kerna menyedari kekurangan diri..Sehingga kau terlupa..Betapa luasnya..Dunia Keistimewaanmu..Bagai mawar nan biru..Kau tersendiri..Suci berseri..Izinku menghampiri

hujan

Hatiku menjadi sedih lagi
Aku memejamkan mata
Membiarkan segala yang terbuku pergi
Aku melihat jendela menjadi suram
Titis-titis hujan jatuh ke bumi
Biarkan hujan turun
Jangan biarkan hujan berhenti
Hujan seakan mengerti tentang aku
Memberikan aku kesejukan dalam api yang membara
Aku ingin menjerit dalam hujan yang mengggila
Membuang segala keperitan
Kerna membuatkan aku menjadi sakit
Hujan jangan berhenti
Turun…..turunlah lagi
Turunlah wahai hujan
Janganlah berhenti
*********************************
hujan itu turun rintik-rintik
masih belum lebat lagi
juga tidak selebat hujan di dalam hati
yang membasahi dalam diam
hujan itu turun rintik-rintik
masih belum mencurah-curah
tidak seperti kecewa di dalam jiwa
yang sudah lencun tanpa bicara...
********************************
hujan gerimis..
tak diundang..
apatah lagi hujan lebat..
cerita itu telah pergi..
dan kini aku berlayar dibahktera yang besar..
besar dengan tangungjawab..
dan pastinya akan terus belayar kedestinasinya...
***************************************************
Hujan itu rahmat..
bukan bala atau bencana..
kita liar meniti hari.kejap keutara,
kejap keselatan..
tanpa teduhan mana kan bisa lempias lelahnya..
nah.. tika hujan ini la..
kita berteduh nasib..
merehatkan diri..muhasabah diri..
moga hujan itu kan teduh..
dan hari kan redup..
angin kan terus gemersik...
**************************************

Wednesday, June 3, 2009

sakit yang menyakitkan

Berpisah bukan bererti hidup telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk kita membuka lembaran baru...

Perih yang mengiris luka

yang menghayatinya sepenggal kisah cinta

akhir cinta yang kecewa

bila telah melekat di sukma

segala bahagia yang hadir hanyalah perhiasan…

lagu-Qu

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu tidak ku temu
Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka
Berguguran keindahan kernamu
Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan
Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang
Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan
Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang
Oh di mataku
Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu

***********************************

aku dan sesuatu

P2 vs Xtremers

event seterusnya bersama myviX adalah program wit P2....bertempat di ampang..dekat blakang petronas..ada pusat jualan P2..kat situ lah kitorang kumpul..event nie bagi aku berjaya..dan seperti biasa mmg xtreme...ngan acara karok nyer...joget2..lombat2..huhuhu..best..meriah giler..pendek kater maner yg budak myviX ader...mmsti kitorang kasi pecah..hehehehe..