Thursday, April 7, 2011

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema.

Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

-Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
-Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
-Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
-Rendam kaki dalam air sejuk.
-Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
-Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
-Minum air secukupnya.
-Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

No comments: