Wednesday, March 16, 2011

masalah

ermmmm....tidur mlmku tidak lagi lena..KENAPA?...sbb aku dpt penyakit kerap kencing..adoiii..kalo kat rumah setiap 5minit kot aku ke toilet...tp mujur kat opis xder lah pulak. agaknya kenapa terjadi perkara ini....aku try tanya en google:-

Masalah Air Kencing
Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan ini disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.
Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.
.................................

risau gak aku dibuatnya...sbb bila ckp pasal air kencing nie sudah tentunya berkait rapat dgn buah pinggang.....agak2nya kenapa lah kencing tak lawas?.....nnti 29/3 time jumpa doktor akan ku ajukan permasalahan aku neh....batuk aku neh pun xreda2 lagik..dh 3minggu. ubat dh habis mkn tp batuk masih ada. org ckp pembawakan budak....tak tau lah.

1 comment:

QasehTercipta said...

cepat2 tanya ngan doctor taw....